Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 13 September 2013

Gambar Adira AF Peluk Anjing Tersebar


Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu, Siti Adira Suhaimi atau Adira hasil duet bersama Hafiz itu tidak habis-habis ‘mencipta’ kontroversi sendiri sejak dia muncul dalam industri tanah air.
Terkini, gambar Adira yang mesra memeluk seekor anjing nampaknya sudah tersebar meluas di beberapa blog gosip artis.
Tidak tahu sejauh mana kesahihan dan ketulenan gambar artis kelahiran rancangan Akademi Fantasia itu yang gembira memegang seekor anjing.
Mungkinkah anjing yang dipegang Adira itu hanyalah patung semata-mata?
Apa-apa pun, admin tidak berani untuk meneka dan mencipta kesimpulan sendiri memandangkan tuan empunya diri masih lagi tidak membuka mulut untuk merungkai gosip panas ini.
Bagaimanapun, terserah kepada peminat-peminat di luar sana untuk menilai dan memberi pandangan masing-masing ketika melihatkan gambar Adira yang memegang anjing itu.
Cuma, janganlah menghentam artis muda ini sedangkan bukti dan sumber beritanya masih tidak diketahui.
Hari yang baik sempena Maulidurrasul ini, eloklah kita sama-sama melakukan kebaikan dan amal jariah supaya mendapat keredhaan Ilahi. Insyallah.

No comments:

Post a Comment