Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 8 September 2013

Gempar! Drama Amuk Dan Rempuhan Kereta Di Hospital


Pesakit dan pengunjung yang sedang menjalani rawatan terkejut dengan tindakan seorang lelaki berusia 40-an yang secara tiba-tiba mengamuk di hadapan kaunter pendaftaran dengan menumbuk cermin sehingga retak di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, lelaki berkenaan yang dipercayai bekas tentera tidak berpuas hati dengan layanan seorang pekerja di kaunter itu yang enggan menurut permintaannya.
Menurut seorang saksi, lelaki itu naik berang apabila pekerja kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM200 bagi membiayai rawatan isterinya yang kesemuanya berjumlah RM800.
“Lelaki berkenaan membawa isterinya yang merupakan warga Indonesia menjalani rawatan di hospital ini. Disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar RM800.
“Tetapi, lelaki itu mempunyai wang sebanyak RM200. Mungkin bengang dengan layanan pihak hospital, dia menumbuk cermin kaunter menyebabkan pekerja di situ berasa takut,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuar Osman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian dan lelaki berkenaan akan ditahan sekiranya ada bukti.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, sejurus selepas kejadian mengamuk di lobi hospital terbabit, Kompleks Klinik Pakar di HRPB pula dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat apabila kereta yang dipandu pasangan warga emas merempuh dinding hospital.
Kemalangan berlaku berhampiran tempat letak kereta disebabkan rempuhan dari belakang oleh sebuah kereta selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital itu.
Mangsa, Mohd Zin Ismail, 77, ingin pulang ke rumah selepas isterinya, Marindon Mior Ahmad, 72, yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah selesai menjalani rawatan.
“Ketika memandu keluar, kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah Perodua Kelisa menyebabkan saya hilang kawalan dan melanggar dinding bangunan.
“Saya membawa isteri menjalani pemeriksaan darah dan buah pinggang. Isteri saya mendapat rawatan di wad kecemasan selepas dibantu oleh kakitangan hospital,” katanya.
Difahamkan, Perodua kelisa yang dipandu warga emas secara tiba-tiba tertekan pedal minyak lalu merempuh kereta berkenaan.
Kenderaan yang dipandu mangsa pula mengalami kerosakan di bahagian belakang dan cermin lampu depan.

No comments:

Post a Comment