Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 17 September 2013

Hamil Selepas Bersetubuh Dengan ‘Abang Angkat’ 53 Tahun


Padah melakukan hubungan seks dengan adik angkat, seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan selepas remaja perempuan terbabit membuat laporan polis.
Perbuatan keji itu terbongkar selepas gadis berusia 14 tahun itu dimasukkan ke Hospital Selayang kerana mengadu sakit perut dan disahkan mengandung dua bulan, 9 September lalu.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat pelajar tingkatan tiga terbabit pada hari sama sebelum siasatan dilakukan dan suspek ditahan di Serendah, Sabtu lalu.
Sumber berkata, mangsa pada mulanya enggan mendedahkan status lelaki memperkosanya kerana dipercayai takut keselamatannya terancam, namun selepas dipujuk, mangsa mengakui diperkosa abang angkatnya itu pada Jun lalu.
“Mangsa mendakwa dibawa ke sebuah premis perniagaan di Ulu Yam Lama sebelum diperkosa.
“Selepas dua bulan kejadian itu, mangsa sering mengadu tidak sihat. Namun, pada 9 September lalu, mangsa mengadu sakit perut dan dibawa ibunya ke hospital sebelum disahkan mengandung,” katanya.
Katanya, ibu mangsa yang terkejut mendengar laporan perubatan itu memaksa mangsa menceritakan kejadian sebelum membawa mangsa membuat laporan polis.
Menurut sumber, hasil laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum seorang pemandu berusia 53 tahun yang didakwa abang angkat kepada mangsa ditahan polis di Serendah untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu suspek kini direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment