Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 17 September 2013

Ngeri!!! Wanita Maut Digilis Bas Ekspres


Seorang wanita maut apabila di gilis sebuah bas ekspres ketika mangsa dalam perjalanan untuk menoreh getah di Kilometer 7 Jalan Jerantut-Temerloh, dekat Kampung Paya Rajin, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Azid Ismail berkata, mangsa, K. Saraswahty, 56, dari Kampung Mat Kilau 2, maut di tempat kejadian ekoran kecederaan parah akibat di gilis bas ekspres itu di bahagian kepala.
Menurutnya, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai telah dilanggar oleh bas ekspres tersebut yang berada di belakang mangsa yang kedua-duanya dari arah jalan Jerantut-Temerloh.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bas tersebut tidak berhenti dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
Azid berkata, pemandu bas itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selepas menyerah diri petang kelmarin.
“Sehubungan ini, pihak polis minta penumpang yang menaiki bas tersebut dari Jerantut menuju ke Kuala Lumpur pada jam 7 pagi pada 16 September lalu atau mana-mana saksi untuk tampil ke IPD Jerantut.
“Mereka boleh menghubungi IPD Jerantut di talian 09-2662222 atau 09-2666889,” katanya.

No comments:

Post a Comment