Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 14 September 2013

Ibu-Bapa Berang Pihak Sekolah Pasang CCTV Dalam Tandas


Ekoran pemasangan sebuah CCTV dalam tandas sekolah, SMK Seri Sentosa dikecam hebat oleh ibu bapa. Ramai mendakwa bahawa pemasangan CCTV dalam tandas melanggar privasi pelajar sekolah tersebut. Pada awalnya, CCTV itu bertujuan untuk mengelak kegiatan vandalisme didalam tandas tersebut.
Pada masa yang sama, isu ini juga telah mendapat perhatian Kementerian Pendidikan dan berdasarkan siasatan, kawasan yang dipantau menerusi CCTV itu hanya melibatkan kawasan sinki dan tidak melibatkan keseluruhan tempat dalam kawasan tandas berkenaan.
Bagi mengelakkan kontroversi ini berlarutan, Kementerian Pendidikan meminta pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa memindahkan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam tandas pelajar ke kawasan yang lebih sesuai.

No comments:

Post a Comment