Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 17 September 2013

Iran Benarkan Semula Perkhidmatan Facebook & Twitter


Facebook dan Twitter kini boleh dilayari semula pengguna di Iran mulai Isnin.
Perkhidmatan media sosial itu telah disekat sejak 2009 semasa bantahan besar-besaran terhadap bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.
New York Times dan Washington Post melaporkan, perkembangan berkenaan dimaklumkan oleh pengguna Twitter di Iran.
Pihak berkuasa Iran menyekat khidmat Facebook dan Twitter selepas ia didakwa menjadi pencetus penyebaran maklumat dan seterusnya membawa kepada protes besar-besaran semasa Ahmadinejad dipilih semula sebagai Presiden Iran pada 2009.
Bagaimanapun, Presiden Iran, Hassan Rouhani yang mula menjalankan pentadbiran mulai bulan lepas memberi gambaran tidak akan mengambil tindakan setegas Ahmadinejad terhadap media sosial.
Malah beliau sendiri dalam Twitter memberi ucapan selamat menyambut Rosh Hashanah (Tahun Baru Yahudi) kepada penganut Yahudi awal bulan ini.
Bagaimanapun, sehingga kini kerajaan Iran belum memberi sebarang kenyataan berhubung kelonggaran penggunaan Facebook dan Twitter.

No comments:

Post a Comment