Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 16 September 2013

Kerajaan tanggung subsidi RM5,000 setiap jemaah haji


Kerajaan pusat bersama Lembaga Tabung Haji menyumbang lebih RM100 juta setahun sebagai subsidi kepada setiap orang yang menunaikan fardu haji buat kali pertama.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata subsidi itu bertujuan mengurangkan kos haji yang semakin meningkat.
“Ia termasuk sewa hotel, kos pengangkutan dan makan minum, tidak termasuk kos perubatan dan kakitangan untuk menyelia jemaah haji,” katanya yang juga Ketua Umno bahagian Bachok kepada pemberita pada majlis ramah mesra dengan bakal haji dari jajahan Bachok hari ini.
Seramai 180 bakal haji menyertai majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Umno bahagian Datuk Dr Ilias Hussin.
Awang Adek berkata pemberian subsidi itu menjadikan kos saraan haji untuk jemaah dari Malaysia antara yang terendah berbanding beberapa negara jiran.
Beliau berkata berkata mereka yang menunaikan haji lebih daripada sekali dikecualikan daripada mendapat subsidi.
“Mereka menanggung kos sebenar iaitu hampir RM15,000 berbanding tidak sampai RM10,000 seorang bagi mereka yang menunaikan haji untuk kali pertama,” katanya.

No comments:

Post a Comment