Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 24 September 2013

Kisah Rasuk UiTM Lendu Trending Di Twitter


Topik rasuk dan histeria di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka secara tiba-tiba trending di Twitter malam ini.
Topik berkaitan kejadian tersebut banyak dibincangkan menggunakan beberapa hastag seperti #uitmlendu, #PrayForLendu, #UITMLendu, #HantuDiUiTMLendu dan #PrayForUiTMLendu serta beberapa yang lain lagi.
Kebanyakan pengguna akaun Twitter dari kalangan pelajar dan golongan muda yang dilihat memberikan perhatian kepada kejadian rasuk di UiTM berkenaan.
Ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan situasi di sana dan ramai juga yang mendoakan keselamatan kepada pelajar-pelajar berkenaan.
Keadaan di UiTM Lendu agak riuh malam ini dan kami difahamkan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sana mengadakan bacaan Yassin malam ini.
Berita lanjut akan menyusul…


No comments:

Post a Comment