Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 16 September 2013

Laman ‘Fan Page’ Facebook Ahmad Said Digodam


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Isnin meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pihak tertentu yang menggodam laman Fan Page Facebooknya.
Beliau berkata laman itu digodam dua kali pada bulan ini.
“Kali pertama, individu terbabit mengemas kini status Facebook kononnya saya mahu menawarkan diri sebagai calon naib presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.
“Terbaru, status dikemas kini menyatakan kononnya saya mengumumkan cuti selama dua hari kepada rakyat Terengganu sempena program Walk 4 Malaysia,” katanya.
Katanya, pihak pengurusan pejabat Menteri Besar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.
Beliau juga akan membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment