Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 17 September 2013

Lelaki ini jatuh dari tinggkat 47 tetapi masih hidup!!

Sekumpulan doktor terkejut apabila mendapati seorang pekerja pencuci tingkap sebuah bangunan pencakar langit di New York kembali sedar dan dijangka boleh berjalan semula walaupun jatuh dari tingkat 47.

Alcides Moreno (gambar), 37, jatuh dari ketinggian 152 meter pada 7 Disember lalu selepas perancah tempatnya bekerja tiba-tiba runtuh, namun abangnya terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Moreno terus hidup dan para doktor di Hospital New York-Presbyterian kelmarin mengumumkan proses pemulihannya sangat menakjubkan.

Selain boleh menggerakkan semua anggota, Moreno juga mampu bernafas sendiri serta mula bercakap mengenai kemalangan itu buat kali pertama pada Hari Krismas lalu.


Isterinya, Rosario Moreno, menangis dan mengucapkan terima kasih kepada doktor serta jururawat yang merawat suaminya.

Presiden hospital berkenaan, Dr. Herbert Pardes menyifatkan keadaan Moreno ketika dia dikejarkan ke hospital sebagai ‘satu malapetaka.’

Moreno mengalami pendarahan otak, patah di kedua-dua kakinya, tangan serta pergelangan tangan kanan patah manakala tulang belakang turut cedera.

Pada jam pertama dimasukkan ke hospital, pasukan doktor memasukkan 24 unit darah iaitu dua kali lebih banyak berbanding darahnya sendiri.

Pasukan doktor memberinya plasma, platelet dan ubat untuk merangsang pembekuan darah. Doktor juga memasukkan tiub ke otaknya untuk mengurangkan bengkak serta membedah perutnya bagi mengurangkan tekanan pada organ dalaman Moreno.

“Jika anda percaya pada keajaiban, inilah kesnya,” kata ketua bedah, Dr. Philip Barie.

No comments:

Post a Comment