Seorang lelaki dari Utah kelihatan normal dan tidak gemuk mahupun obes tetapi beliau cukup meminati menu makanan segera McDonald’s iaitu BigMac sejak tiga dekad lalu yang dikatakan menggemukkan.
Sepanjang tempoh itu, beliau sudah pun memakan kira-kira 12,000 burger Big Mac yang cukup disukainya.
Dennis Rosinlof mula memakan Big Mac sejak mula berkerja sebagai seorang jurujual 30 tahun lalu.
Dalam tempoh 20 tahun sebelum ini, beliau yang juga seorang veteran tentera Perang Vietnam memakan 10 burger berkenaan seminggu dan padanya masih tidak mencukupi.
Beliau makan satu pada Isnin ketika pulang dari kerja, dua pada Selasa ketika pergi dan pulang kerja, satu Big Mac untuk sarapan pagi pada Rabu, dua pada Khamis dan Jumaat dan dua pada hari Sabtu.
Rosinlof hanya berhenti seketika dari memakan Big Mac pada hari Ahad kerana isterinya memasak makanan untuk sekeluarga pada hari itu.
Rosinlof menganggarkan sudah membelanjakan US$60,000 kira-kira RM195,360 untuk BigMac sejak mula memakan burger dua tingkat itu.
Sudah pasti bagi seseorang yang memakan makanan segera enam hari seminggu pasti bersaiz besar dan gemuk tetapi tidak bagi Rosinlof yang bentuk badannya tegap dan ideal.
Dengan ketinggian 1.82 meter, berat hanya 74.8 kg dan paras kolesterol di bawah 200, isterinya seorang jururawat dan anaknya sentiasa menasihati lelaki itu agar makan dengan lebih sihat.
Bagaimanapun, apabila melihat tabiat memakan Big Mac tidak menjejaskan kesihatan lelaki itu keluarganya berhenti dari terus menasihatinya.
Satu hidangan Big Mac mengandungi 930 kalori, jika beliau makan dua kali sehari Dennis tidak akan melebihi jumlah kalori yang sepatutnya diambil iaitu 2,000 kalori.
Rosinlof hanya makan Big Mac dan tidak mengambil makanan kurang berkhasiat yang lain.
“Saya sentiasa melihat untuk pergi ke McDonald’s pada setiap masa untuk memakan Big Mac, saya menikmati setiap saat kerana burger itu sungguh lazat dan saya dapat makan benda yang sama setiap hari,” katanya.
Walaupun lelaki yang dikenali sebagai Utah Man itu sudah pun memakan 12,000 Big Mac tetapi rekod dunia untuk kategori itu dipegang oleh Don Gorske yang sehingga kini telah pun memakan kira-kira 25,000 burger Big Mac.
No comments:
Post a Comment