Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 17 September 2013

Lelaki ‘Sakit Mental’ Dipenjara 15 Hari Curi Minyak Wangi


Taktik seorang pemuda mengelak dari dihukum dengan mengaku dirinya sakit mental tidak menjadi, apabila Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 hari terhadapnya kerana mencuri minyak wangi.
Hukuman diputuskan Majistret Nik Habri Muhamad, selepas pihak hospital mengesahkan tertuduh, Nik Azizul Wan Aziz, 33, waras dan layak dihadapkan ke mahkamah.
Tertuduh didakwa mencuri empat kotak minyak wangi berjenama berjumlah RM157.60 milik sebuah pasar raya di Taman Bendahara, jam 8.50 malam, 21 Ogos lalu.
Ketika tuduhan pertama dibuat terhadapnya minggu lalu, tertuduh mengaku salah dan pada masa sama turut mengaku mendapat rawatan mental di hospital menyebabkan majistret menangguhkan hukuman terhadapnya.
Tertuduh juga tahu di mana dia mencuri minyak wangi itu. Berdasarkan fakta, pekerja pasar raya ternampak tertuduh memasuki sejumlah minyak wangi ke dalam bajunya dan keluar melalui kaunter tanpa membuat bayaran.
Dia bagaimanapun tidak berjaya lolos apabila pengawal keselamatan menahannya.
Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Liyana Md Zukri mohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain.
Tertuduh turut didenda RM500 dan akan menjalani hukuman penjara dua bulan lagi jika gagal menjelaskannya.

No comments:

Post a Comment