Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 14 September 2013

Mahkamah Perintah Blogger Papagomo Bayar Ganti Rugi RM500,000


Mahkamah Tinggi perintah blogger ‘Papagomo’ bayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung saman fitnah.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Abdul Razak memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperoleh jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.
Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am manakala RM300,000 ganti rugi teladan.

No comments:

Post a Comment