Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 20 September 2013

Mislina Mustaffa Perjelaskan Tuduhan Tidak Percaya Agama


Pelakon dan aktivis teater, Mislina Mustaffa tidak mengambil peduli tuduhan kononnya dia tidak percaya kepada agama (free thinker) sejak video wawancaranya yang mempersoalkan mengenai agama Islam tersebar sebelum ini.
Mislina, 40, berkata, dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mengesahkan mengenai dakwaan tersebut dan meminta masyarakat tidak mengkritiknya tanpa mengetahui situasi sebenar.
“Saya tidak pernah ambil tahu apa yang orang ingin katakan mengenai saya kerana itu tidak penting. Begitu juga dengan isu tidak percaya pada agama.
“Orang yang membuat tuduhan itu tidak sepatutnya berbuat demikian kerana mereka tidak layak untuk menjatuhkan hukum tanpa menyiasat perkara sebenar,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment