Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 15 September 2013

Najwa Latiff Sambung Belajar Di UNITAR


Berbekalkan 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penyanyi yang terkenal menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latiff telah memilih UNITAR International University sebagai universiti pilihannya bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Foundation in Management.
Menerusi kemasukan Najwa di universiti terkemuka itu, pihak UNITAR berbesar hati melantik penyanyi tersebut sebagai duta mereka dan sekaligus memilih Najwa sebagai ikon belia terbaik untuk mempromosikan jenama universiti berkenaan di kalangan remaja masa kini.
Kami gembira kerana Najwa Latiff telah memilih kami sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran.
Dengan profil beliau di kalangan belia, dia adalah duta besar untuk mempromosikan universiti dan juga jenama baru kami di Kelana Jaya mulai bulan September ini. – Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Capital Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi.
Dalam pada itu, menerusi laman Twitter Najwa sendiri, penyanyi tersebut telah mula memuat naik sekeping foto kad pelajarnya dengan caption berbunyi :
Bismillah and the journey starts :)


Untuk makluman, UNITAR International University telah ditubuhkan sejak tahun 1997 dan ia menawarkan 60 program akademik, antaranya adalah Fakulti Perniagaan dan Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan, Fakulti Pengajian Awal Kanak-Kanak, Sekolah Siswazah dan Sekolah Yayasan serta Pengajian Am.
Dengan melanjutkan pelajaran di UNITAR, diharapkan agar cita-cita Najwa untuk bergelar pensyarah akan tercapai.

No comments:

Post a Comment