Masih ingat lagi pelumba kelahiran Itali yang berusia 24 tahun, Marco Simoncelli yang maut di litar Sepang semasa berlangsungnya Grand Prix Malaysia pada 23 Oktober 2011?
Kini tersebar foto X-ray tulang tengkuk Simoncelli yang sangat mengerikan.
Kecederaan parah yang dialami oleh Simoncelli itu kemungkinan besar adalah impak yang terhasil akibat perlanggaran antaranya dengan Colin Edwards dan Valentino Rossi.
Simoncelli terbabas semasa mengambil selekoh dan kemudiannya terjatuh sebelum dilanggar tanpa dapat dielak oleh rakan senegeranya, Valentino Rossi dan Colin Edwards.
Dalam perlanggaran itu, Edwards mengalami seliuh di bahu manakala Rossi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Selepas perlanggaran tersebut, bendera merah dikibarkan dan perlumbaan diberhentikan serta-merta.
Simoncelli meninggal dunia pada jam 4.56 petang(waktu Malaysia) dan disahkan mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan leher.
Simoncelli meninggal dunia pada jam 4.56 petang(waktu Malaysia) dan disahkan mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan leher.
No comments:
Post a Comment