Seorang penjenayah yang dipercayai menembak seorang anggota polis di Gua Musang awal pagi semalam, mati ditembak pagi ini selepas gerakan memburu suspek dipertingkatkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, penjenayah tersebut ditembak oleh anggota polis Machang selepas lelaki terbabit dikatakan melarikan sebuah kenderaan dari Masjid Palohtetapi terbabas di Simpang Tiga Kemuning.
Dalam kejadian tersebut juga seorang anggota polis turut cedera ditembak dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Dalam kejadian semalam, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, cedera parah ditembak penjenayah di bahagian dada dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang.
Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa bertindak nekad untuk memberkas dua suspek setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di Bandar Gua Musang.
No comments:
Post a Comment