Bersempena dengan kemerdekaan yang ke-56, Bernama Radio24 (BR24) milik pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam drama khas kemerdekaan bertajuk ‘Ikrar Perwira’ hasil tulisan dan arahan Nizuan Hanaffi.
Drama ini berdasarkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Drama ini turut dilakonkan oleh Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, juara Raja Lawak musim kelima.
“Tidak mudah mendapatkan perdana menteri untuk berlakon tetapi kami berjaya melakukannya,” kata Azlan Idris, Ketua Pegawai Operasi BR24 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena Ulang Tahun ke-6 stesen itu.
“Datuk Seri Najib juga menunjukkan komitmen tinggi walaupun tidak pernah berlakon drama radio atau televisyen sebelum ini.
“Beliau melakonkan peranannya pada sekali cubaan tanpa ulangan,” katanya.
Dalam tempoh setahun ini, BR24 telah memperkenalkan beberapa program baru bagi memperkukuh penjenamaannya sebagai stesen yang membawakan ‘Berita Pantas, Info Berterusan’.
“Program ‘Dalam Radar’ semakin menyerlah dengan penampilan tetamu kategori ‘A’ yang terdiri daripada pemimpin kerajaan, badan bukan kerajaan dan industri,” kata Azlan.
Katanya antara yang pernah muncul adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, datuk Seri Mohd Syafie Apdal.
Sumber : Sinar Harian

No comments:
Post a Comment