Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 3 September 2013

Punca Sebenar Kejadian ‘Amuk’ Di Stesen Minyak Malam Tadi Terjawab


Desas-desus gambar yang tersebar di internet mengatakan berlaku pergaduhan ekoran kenaikan harga minyak di sebuah stesen minyak di Durian Tunggal semalam adalah tidak benar.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka, Muhabir Ibrahim berkata, kejadian sebenar merupakan kemalangan melibatkan lima buat kenderaan di stesen minyak berkenaan pada pukul 8.30 malam.
“Sebuah Kia Spectra yang dipandu seorang warga emas berusia lewat 50-an telah tertekan pedal minyak lalu merempuh salah satu dari pam minyak berkenaan,” katanya.
Ekoran kejadian itu, empat kereta lain yang berada berdekatan iaitu Proton Wira, Iswara, Toyota Vios dan Puegeot mengalami kerosakan akibat turut dirempuh kereta Kia terbabit

No comments:

Post a Comment