Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 22 September 2013

Sihir Isteri Untuk Berzina Dengan Janda


Bagi memastikan isteri tunduk dan menyembunyikan hubungan sulitnya dengan janda, seorang lelaki tergamak menyihir isterinya termasuk menyediakan makanan mengandungi benda kotor seperti kuku dan rambut selain menjalankan upacara syirik dalam bilik di rumah mereka.
Lebih memalukan, lelaki berkenaan sanggup menipu isterinya kononnya dia mahu menunaikan solat sunat dalam bilik berkenaan, walhal dia sebenarnya melakukan upacara pemujaan menggunakan sebilah keris dan asap kemenyan.
Itu antara sihir yang dilakukan suami kepada seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Surina, 34, sepanjang tempoh perkahwinan mereka dari 2004 hingga 2010.
Rahsia itu terbongkar selepas Surina menemui bekas asap kemenyan dan keris kecil yang disembunyikan suaminya ketika mengemas bilik berkenaan beberapa bulan selepas perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, dia masih mampu bertahan selama enam tahun disebabkan ilmu sihir suaminya hingga tiada langsung perasaan marah ketika berdepan lelaki itu.

No comments:

Post a Comment