Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 21 September 2013

Subhanallah! Pemuda Ini Baca A-Quran Ketika Koma

Segala puji-pujian bagi Allah SWT yang memberikan keajaiban terhadap seorang pemuda yang begitu asyik mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah baru dibawa keluar dari bilik pembedahan.
Pemuda yang hanya dikenali sebagai As-Syeikh Nidhal itu terlibat dalam satu kemalangan telah dimasukkan ke hospital kerajaan Al-Bashir di Jordan dalam keadaan koma dan terpaksa menjalani pembedahan atas kecederaan yang dialaminya.
Menakjubkan, beliau yang baru berusia 35 tahun dan merupakan seorang imam di sebuah masjid di sana begitu asyik membaca beberapa potong kalamullah dalam keadaan koma meskipun cuba disedarkan oleh rakan yang menyambutnya keluar dari pintu bilik bedah di hospital berkenaan.


Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan “Apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti”. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh di hadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.




No comments:

Post a Comment