Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 16 September 2013

‘Takkan pergi pulau nak pakai baju kurung pula?’


Pada 10 Mei lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Sedetik Cinta, Hanez Suraya difahamkan telah terbang ke Terengganu untuk bercuti bersama rakan media dan artis di Pulau Redang.
Sepanjang berada di pulau tersebut, pelakon ini telah sempat melakukan aktiviti snorkelling bersama teman-temannya dan sewaktu melakukan aktiviti berkenaan Hanez dilihat telah memakai baju t-shirt putih dan dipadankan dengan seluar lagging rona biru gelap.
Nampaknya pakaian yang dipakai oleh pelakon ini telah mendapat kritikan daripada segelintir peminat sehingga ada yang menyuruhnya memakai bikini.


Bagi membidas segala komen tersebut, Hanez telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitternya yang berbunyi:
Takkan pegi Pulau nak pakai baju kurung? Peliklah yg banyak sgt nak jd baik ni. Judge org Sesuka hati tu dh baik sgt lah tu. Sedihlah #typical
Tak kuasa nk layan nyahhh.. Layan nanti xpasal2 sabotaj hahahhaha
Apa pun di sini kami lampirkan beberapa foto Hanez Suraya untuk tatapan anda semua.








No comments:

Post a Comment