Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 16 September 2013

Tweet Sesat Khalid Ismath Sanjung Chin Peng


Kematian Chin Peng rata-ratanya disifatkan sebagai kematian yang menandakan berakhirnya riwayat seorang pengkhianat negara yang banyak melakukan dosa dan kematian di bumi Malaysia demi cita-citanya.
Cita-cita mendiang yang mahu membentuk sebuah negara dengan pemerintahan bercorak komunis disifatkan sebagai angkuh tambahan pula disertakan dengan keganasan membunuh rakyat, anggota tentera dan polis memang tidak dapat dimaafkan.
Hari ini salah satu yang kononnya tokoh belia dari pakatan pembangkang Khalid Ismath mengeluarkan beberapa kenyataan tidak masuk akal beliau melalui akaun Twitternya.
“Moga Allah letakkan beliau dalam kalangan orang yang beriman, Siapa tahu disaat akhirnya itu dibibit dengan kalimah Allah.
“Jasanya menyelamatkan umat Islam yang pernah ditindas di arab dengan membunuh Henry Gurney,” kata Khalid dalam tweetnya.
Ada tweet yang mengatakan Chin Peng kononnya sudah pun ‘pergi’ menyahut seruan Ilahi.




No comments:

Post a Comment