Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 12 September 2013

Vikingdom Kutip RM10 Juta Sebelum Pra-Tonton


KRU Studios mencatat kejayaan yang memberangsangkan apabila filem Hollywood terbarunya, Vikingdom: The Blood Eclipse, telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan mengutip hasil sebanyak RM10 juta sebelum tayangan umumnya pada 12 September ini.
“Kami tidak akan membuat filem ini tanpa jaminan keuntungan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim pada sesi tayangan perdana Vikingdom di TGV Sunway Pyramid.
“Selain daripada pra-jualan sebelum filem siap, Vikingdom juga akan turut dipasarkan dalam bentuk ‘merchandise’, novel grafik dan kartun.”
Tambah Norman, filem yang menelan belanja sebanyak RM20 juta itu akan dipasarkan di 10 buah negara, termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.
“United Pictures yang mengedarkan filem ini di peringkat antarabangsa. Ia akan mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober dan 19 Disember di negara-negara lain,” katanya.
Yusry Abdul Halim sebagai pengarah filem berkata filem ini merupakan filem fantasi sejarah dan aksi yang mempunyai jalan cerita tersendiri.
“Kami tidak akan membuat filem ‘mat saleh’ Vikings tanpa jaminan pembeli. Tetapi saya diberikan lesen kreatif untuk mengubahsuai watak-watak mengikut apa yang saya fikirkan sesuai,” ujarnya.
“Sayang saya tidak boleh mengambil aktor-aktor Malaysia untuk filem ini kerana Vikings berasal dari Scandinavia.”
Vikingdom membariskan barisan pelakon popular antarabangsa iaitu Dominic Purcell, Natassia Malthe, John Foo, Craig Fairbras dan Conan Stevens.
Proses penggambaran dan penyuntingan dijalankan 100 peratus di Malaysia. Antara lokasi menarik yang dijadikan perkampungan Vikings yang dilitupi salji ialah Puncak Alam (Selangor), Gua Tempurung (Perak), Kellie’d Castle (Perak) dan Filem Negara (KL).

No comments:

Post a Comment