Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 5 September 2013

Wanita Curi Wang RM3.6 Juta Dari Bank Di Afghanistan


Seorang wanita yang bekerja di sebuah bank di Afghanistan selama tiga tahun telah menghilangkan diri dan pada hari sama wang sebanyak AS$1.1 juta (RM3.6 juta) dilaporkan lesap.
Pihak berkuasa Afghanistan kini sedang menjejaki suspek bersama sekurang-kurangnya sembilan orang rakan subahanya. Satu waran tangkap antarabangsa juga telah dikeluarkan.
Pendedahan mengenai penyelewengan di institusi kewangan negara itu dianggap sesuatu yang memalukan kerana ia berlaku ketika Afghanistan sedang bergelut dengan masalah rasuah, selain ancaman keselamatan berterusan daripada militan dan penjenayah.
Shokofa Salehi, 22, dikatakan bekerja di unit pemindahan wang di ibu pejabat Bank Azizi, iaitu bank utama Afghanistan yang terletak di Kabul.
Ketua Eksekutif Bank Azizi, Inayatullah Fazli berkata, Salehi dikatakan menghilangkan diri kira-kira dua bulan lalu.
Pasukan penyiasat memberitahu, Salehi disyaki memindahkan wang sebanyak AS$1.1 juta (RM3.6 juta) ke dalam akaun saudara-maranya.
Pihak berkuasa percaya sekurang-kurangnya 10 orang telah membantu wanita muda itu untuk melakukan jenayah tersebut.

No comments:

Post a Comment