Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday, 19 September 2013

Wanita Korea Gadai Nyawa Selamatkan Suami Daripada Lemas


Cubaan seorang pelancong dari Korea Selatan untuk menyelamatkan suaminya yang menghadapi kesukaran bernafas ketika mandi di perairan Tanjung Langir dekat Teluk Aur, Pulau Perhentian Kecil, semalam, bertukar menjadi tragedi apabila dia pula yang lemas.
Kim Dong Huk, 52, meninggal dunia setengah jam selepas diselamatkan oleh penduduk, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian mangsa bersama suami, KyungMin Baek, 54, seorang ahli perniagaan, dan sepasang rakan senegara melakukan aktiviti snokeling di tempat kejadian pada jam 10 pagi.
Menurutnya, selepas kira-kira dua jam, mangsa nampak suaminya tenggelam timbul menyebabkan mangsa cuba menyelamatkannya dengan memegang kuat badan suaminya.
“Bagaimanapun, dalam keadaan panik itu, mangsa tenggelam.
“Suami dan rakannya tidak dapat menyelamatkan mangsa dalam kejadian berkenaan,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa dihantar ke Pusat Kesihatan Pulau Perhentian, tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Mayat Kim dihantar ke Hospital Besut di Jerteh untuk bedah siasat.
Suaminya, ketika ditemui berkata, mereka tiba di Pulau Perhentian pada 20 Julai lalu untuk bercuti bersama dua rakan.
Menurutnya, beliau amat sedih dengan pengorbanan isterinya yang berusaha menyelamatkannya, tetapi dia sendiri menemui ajal.
Pasangan berkenaan dijadualkan pulang Korea Selatan pada 23 Julai dengan kapal terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur sebelum berlepas pulang pada hari sama.

No comments:

Post a Comment