Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 3 September 2013

Wanita Naik Hantu Gagal Beli McNuggets


Kalau di Malaysia, seorang wanita marah-marah pekerja kaunter Mc’Donald’s selepas gagal mendapatkan patung mini Minions satu watak yang muncul di dalam filem The Despicable Me II baru-baru ini.
Di dalam video dari luar negara dari Amerika Syarikat ini menunjukkan seorang pekerja kaunter pandu lalu sebuah restoran di Toledo diserang seorang wanita yang gilakan McNuggets.
Menurut keterangan video, wanita itu berkeinginan membeli menu McNuggets di restoran Mcdonald’s berhampiran pada kira-kira pukul 6.30 pagi.
Di sana, McDonald’s tidak menjual McNuggets pada pukul 6.30 pagi ketika waktu menu sarapan pagi dijual.
Wanita yang dikenali sebagai Melodi Dushane keluar dari keretanya dan cuba menyerang pekerja kaunter itu hanya kerana tidak dapat membeli McNuggets.
Sebelum meninggalkan restoran itu, wanita itu sempat memecahkan cermin panjaga kaunter pandu-lalu sebelum beredar dari restoran itu.
Laporan polis ke atas wanita itu sudah dibuat di Balai Polis Toledo.




No comments:

Post a Comment