Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 22 September 2013

Warga Emas Maut Ditikam Pembantu Rumah Sendiri


Seorang warga emas berusia 75 tahun maut akibat ditikam dengan gunting dipercayai oleh pembantu rumah warga Indonesia di rumah mangsa di Taman Serindit, Jalan Langgar, di Alor Setar, semalam.
Mangsa, Che Siah Wan Nik yang juga ibu mentua kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bilik utama rumahnya oleh seorang jiran yang mendapat tahu rumah mangsa disamun.
Ketika kejadian mangsa tinggal bersama dua cucunya berusia 21 tahun, seorang lagi wanita orang kelainan upaya (OKU) dan suami mangsa yang terlantar sakit.
Susulan kejadian itu, pembantu rumah berusia 38 tahun itu ditahan polis selepas siasatan awal mendapati dia cuba mereka cerita kononnya kejadian itu dilakukan sekumpulan lelaki yang memecah masuk rumah mereka bertujuan untuk menyamun.
Saksi kejadian, Anuar Abdul Ghani, 52, mendakwa dia kebetulan lalu di hadapan rumah mangsa sebelum seorang jiran memaklumkan kejadian itu kepadanya.

No comments:

Post a Comment