Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 10 September 2013

Amy Sedih Dengan Nabila Sebelum Kemalangan, Minta Allah ‘Tunjuk Pengajaran’


Rupa-rupanya kenyataan rockers Amy Search yang mengatakan kemalangan melibatkan anaknya, Nabila Huda merupakan petanda kecil dari Tuhan, ada kisah di sebaliknya.
Ini kerana menurut isteri Amy yang juga ibu tiri Nabila, Nourish Hassan mendedahkan suaminya pernah meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas Nabila tidak pulang menjenguknya pada sambutan Aidilfitri lalu.
“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.
Nabila pada Aidilfitri lalu telah beraya di rumah kenalannya di Singapura melalui gambar yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya sehingga membuatkan Amy kecil hati dengan perbuatan anaknya itu.
“Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit sebanyak akan berubah,” ujar Nourish lagi.
Insiden yang berlaku pada petang Ahad lalu telah mengakibatkan anak Nabila, Keisha Laila, 4, mengalami kecederaan di tangan kiri selain Nabila cedera di telepak kaki serta kecederaan tulang belakang.
Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pelakon Syazwan Zulkifly dikatakan terbabas dan terbalik di Lebuhraya Karak selepas mereka terlibat dalam satu acara hiburan di Kuantan, minggu lalu.

No comments:

Post a Comment