Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 16 September 2013

Arja Lee Tetap Menyanyi Walaupun Gagal Di AF 2013


Kegagalan Arja Lee yang tidak berjaya menjadi pelajar Akademi Fantasia (AF 2013) tidak melemahkan semangat pelakon itu untuk meneruskan cita-citanya sebagai penyanyi profesional.
Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, berkata, walaupun orang melihat dia sekadar suka-suka ingin mencuba nasib di bidang nyanyian, namun sebaliknya dia benar-benar serius untuk menceburi dunia muzik.
“Dulu saya sering menyanyi di pentas teater dan kerana itu saya mencuba nasib di AF 2013 namun rezeki tidak berpihak pada saya.
“Tidak mengapa, semua itu hanyalah salah satu dugaan yang harus ditempuh. Saya tidak akan berhenti menyanyi kerana ingin berjaya di bidang nyanyian juga,” katanya.
Tambah Arja, dia juga bersyukur walaupun dirinya bukanlah seorang penyanyi, namun dia sering mendapat undangan nyanyian menerusi beberapa majlis-majlis korporat.
Dan kerana itu, dia juga sedang membuat perancangan untuk menghasilkan single lagu terbaharu tetapi bukan dalam masa terdekat ini.
Sementara itu, Arja memberitahu, sejak menyertai AF 2013 di peringkat awal, peminatnya juga bertambah menerusi laman Instagram, Twitter dan Facebook.
“Alhamdulillah, dengan publisiti yang diraih, peminat saya makin bertambah. Dalam erti kata lain, peminat kini lebih mempercayai saya. Justeru itu saya harus tampil dengan hasil kerja yang terbaik dalam lakonan dan juga nyanyian, InsyaAllah,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment