Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 16 September 2013

Nad Zainal Tidak Selesa Dilabel Pelawak


Pelakon Nad Zainal mengakui tidak berasa selesa jika dilabelkan sebagai pelawak selepas membintangi beberapa drama dan telemovie komedi.
Nad,23, berkata, dia mahu dikenali sebagai pelakon yang boleh diberi pelbagai watak termasuklah watak-watak berat.
“Saya sebenarnya tidak selesa bawa watak komedi, kalau boleh saya mahu dikenali dengan watak-watak berat tapi apakan daya industri kita kecil dan kita perlu ikut arus itu.
“Kadang kala ada juga rasa takut bila ada yang sudah melebelkan saya sebagai pelawak dan pengarah pula beri saya watak yang lebih kurang sama,” katanya.
Tambah Nad, bagi mengelakkan perkara itu juga, dia mengambil peluang terlibat dalam teater Mak Yong yang akan dipentaskan Istana Budaya tidak lama lagi.
“Lepas teater Maduku Kalut, saya akan terlibat dengan teater Mak Yong pula, dengan teater Mak Yong itu saya harap dapat lari daripada watak komedi,” katanya.
Tambah Nad, biarpun sebagai pelakon baru dia tidak terlalu cerewet dalam pemilihan watak, namun berharap bakatnya dapat digilap dengan pelbagai watak yang lebih mencabar.

No comments:

Post a Comment