Nampaknya, Ashraf Muslim benar-benar berusaha untuk menjaga keharmonian rumahtangganya. Dan, usahanya itu wajar dipuji.
Buktinya jika sebelum ini tersebar gambar dia bercuti bersama isteri pertamanya, Noor Dayana di Sabah, kini terdapat pula gambar dia bersama Dayana menghabiskan masa bersama di pusat peranginan Genting Highlands, penghujung Ogos lalu.
Jika diilihat pada gambar-gambar ini, Ashraf dan Dayana kelihatan gembira bersama.
Justeru, sebagai orang luar sudah tiba masanya berhenti bercerita tentang rumah tangga mereka dan meluahkan perasaan sakit hati terhadap Ashraf yang bertindak menambah isteri sedangkan Dayana sendiri kelihatan reda dan tidak melatah.
Apa pun, semoga Ashraf berjaya mengemudikan rumah tangganya sebaik mungkin seterusnya memberikan kebahagiaan kepada setiap pasangannya di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment