Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 20 September 2013

Lagu Yuna Diguna Untuk Permainan Video GTA 5


Dari hanya seorang penyanyi yang bermula dengan gig-gig kecil sekitar 5-6 tahun lepas, kini Yuna bukan sahaja sudah mengukir nama di peringkat antarabangsa, malah lagunya juga telah digunakan sebagai lagu untuk permainan video Grand Theft Auto 5 (GTA).
Berita ini tersebar setelah lagu berjudul Live Your Life yang telah diremixkan itu menjadi bahan bualan dikalangan pemain permainan video GTA 5.
Mereka bukan saja memuji lagu tersebut, malah ada yang terus ke laman Youtube untuk mencari lagu itu semula.


Bagi yang tidak tahu, permainan Grand Theft Auto adalah permainan video bersiri. Ianya mula dilancarkan pada tahun 1997 sebelum menjadi permainan video kegemaran ‘gamers’ pada tahun 2001 untuk sirinya yang ketiga. Dan menariknya pada tahun ini, Grand Theft Auto 5 yang telah dilancarkan pada 17 September lepas telah berjaya mencatat keuntungan 500 juta pound hasil jualan pada hari pertama.
Permainan video GTA 5 ini juga mempunyai peminatnya yang tersendiri di seluruh dunia dan yang pasti, ramai yang akan mula mencari nama Yuna di internet selepas ini.
Apa pun, mari kita dengarkan lagu Yuna – Live Your Life (Melo-X Motherland God Mix) selepas ini ya!
Oh ya, tips untuk pemain permainan video Grand Theft Auto 5, bila anda menaiki kereta, sila putarkan radio ke Worldwide FM, anda pasti akan dengar lagu Yuna ini disana. Enjoice!


No comments:

Post a Comment