Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 3 September 2013

Bila Kerajaan Boros, Rakyat Yang Terbeban – Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20sen, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.
anwar ibrahim and the petrol price hike”Belanja boros bebankan rakyat!” begitu reaksi ringkas dan segera Anwar (kiri) di akaun Twitternya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi seorang pengguna @Abd_Rhmn22 kepadanya berhubung langkah terbaru kerajaan itu.
Individu itu menulis kepada Anwar: “Minyak naik- tarikh DS (kena) pecat 15 tahun lalu. Semua salah DS ;p”
Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, sama seperti tarikh pengumuman kenaikkan harga minyak hari ini.
Sementara itu, Anwar juga menyindir Putrajaya dengan berkata: “Negara eksport minyak; hasil tinggi!”

No comments:

Post a Comment