Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 3 September 2013

Amaran! Peniaga Jangan Suka-Suka Naikkan Harga Barang


Peniaga diberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang, susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, berkuat kuasa tengah malam tadi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana peniaga yang cuba berbuat demikian dan mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan akta sedia ada.
Pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan di kawasan bandar, luar bandar dan kawasan tumpuan ramai seperti pasar basah, pasar tani, pasar raya dan medan selera” Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Katanya, berdasarkan kajian kos, kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter hanya membabitkan kenaikan kecil kira-kira 0.1 peratus daripada sekarang dan ia bukan kenaikan mendadak serta tidak membebankan.
“Tiada sebab untuk peniaga menaikkan harga barang atau keperluan lain. Soal menaikkan harga barang sepatutnya langsung tidak timbul,” katanya kepada BH, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam mengumumkan kenaikan itu adalah antara langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Sehubungan itu, petrol RON95 akan berharga RM2.10 seliter, manakala diesel RM2 seliter.
Hasan berkata, kementerian akan sentiasa memantau harga barang di pasaran supaya ia sentiasa terkawal dan tidak akan terkena impak berikutan kenaikan itu.
“Kementerian akan sentiasa memberikan komitmen dengan ‘turun padang’ dan memantau harga barangan bagi membendung kegiatan memanipulasi harga.
“Pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan di kawasan bandar, luar bandar dan kawasan tumpuan ramai seperti pasar basah, pasar tani, pasar raya dan juga medan selera,” katanya.
Beliau berkata, pengurangan subsidi berkenaan akan menyelamatkan kira-kira RM1.1 bilion wang kerajaan yang boleh digunakan untuk tujuan lain, yang mampu menjana ekonomi negara seperti pembangunan infrastruktur berkaitan pendidikan, termasuk bangunan sekolah.
“Justeru, apa yang diharapkan adalah semua pihak dapat memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dengan tidak menaikkan harga barang atau perkhidmatan lain sewenang-wenangnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment