Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday, 8 September 2013

Karpal Beri Dr Mazlan Tempoh 7 Hari Tarik Balik ‘Fitnah’ Sogokan RM50 Juta


Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini memberi tempoh tujuh hari lagi kepada bekas calon BN Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail untuk menarik balik fitnah terhadapnya berhubung pendedahan 6,000 keping surat pada awal bulan lalu.
Karpal menegaskan pemimpin Umno terbabit perlu segera mengemukakan permohonan maaf terhadapnya jika tidak mahu perkara tersebut dibawa ke mahkamah.
“Perkara itu (Anwar bayar RM50 juta) satu penipuan, saya sudah berikan mereka (Mazlan, NST dan TV3) notis guaman,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran kira-kira 6,000 laporan bertajuk Bankleaks Anwar-Karpal yang mendedahkan ‘urus-niaga’ oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang itu yang telah tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak awal bulan lalu.
Surat layang itu mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar Karpal lebih RM50 juta sejak 2008 bagi kos guaman dan rasuah untuk hakim dan peguam bela.
Tambah Karpal, sekiranya Mazlan enggan menarik balik dakwaan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf terhadap beliau dan Anwar, pemimpin Umno itu boleh dikenakan denda dengan kos berganda sekiranya pendedahan itu terbukti fitnah semata-mata.
“Dia (Mazlan) sudah diberikan peluang untuk menarik balik tuduhan itu, tempoh tujuh hari sudah diberikan, jika ikut undang-undang dia boleh dikenakan bayaran berganda sebagai kos kerugian kerana berdegil menjawab notis guaman yang diberikan itu,” katanya lagi.
Pada 4 Ogos lalu, Karpal berhasrat untuk memfailkan saman fitnah terhadap Mazlan kerana tuduhan tersebut.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu itu juga kemudiannya menggesa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mengambil tindakan untuk mempertahankan sistem perundangan kerana dakwaan tersebut bertentangan dengan sistem kehakiman.
Karpal juga berkata bertahun-tahun beliau mempertahankan Anwar adalah atas dasar persahabatan mereka dan bukannya atas faktor kewangan.
Beliau juga menyifatkan tuduhan beliau menerima rasuah itu sebagai serius sambil memberi amaran beliau tidak akan berdiam diri.

No comments:

Post a Comment