Ratu boling negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi telah mengikat tali pertunangan dengan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim di kediamannya di Kajang petang semalam.
Zandra, 27, berkata, keputusan itu diambil selepas kedua-dua ahli sukan ini mengenali hati budi masing-masing sebaik berkecimpung dalam bidang sukan berbeza sejak berusia 19 tahun.
"Kami sudah kenal lama sejak berusia 19 tahun sebagai ahli sukan tetapi cinta itu berputik sejak beberapa bulan lalu.
"InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan melangsungkan perkahwinan pada Februari depan," katanya.
Begitupun, kelibat Safiq tidak kelihatan kerana pemain berusia 26 tahun itu kini bersama skuad Harimau Malaya yang akan menentang China pada aksi persahabatan, Selasa ini.

No comments:
Post a Comment