Ini merupakan sikap terlampau yang wajar dikenakan tindakan seberatnya. Sesungguhnya ‘rakyat Kelantan’ begitu terasa dengan ‘gurauan bodoh’ seperti ini. Bagaimana ianya boleh terlepas siar atau sememangnya akhbar dan pelukis berkenaan berniat untuk melakukan perkara bodoh ini.
Sebagaimana siaran media, admin Facebook Kelate.Net memaklumkan beberapa pertubuhan sedang berbincang untuk membuat laporan polis terhadap penyiaran kartun ini. Pihaknya juga turut meluahkan rasa kecewanya dan betapa terasa amat terhina serta amat kesal dengan peyiaran kartun ini. Penulis/pelukis kartun ini perlu tampil untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan dan seluruh umat Islam.
Katanya juga, kartun ini juga jelas memperlekehkan ISLAM apabila digambarkan watak yang memakai tudung yang berkata-kata demikian. Ini jelas menghina kaum hawa yang memakai tudung. Sepatutnya orang yang melukis ini ada otak dan bukannya main sedap hentam sahaja. Terus-terang ammboi juga terasa dengan apa yang digambarkan dan admin sokong Kelate.Net teruskan hentam pelukis/penulis kartun ini agak dia tampil memohon maaf dan sebagainya.
sumber: AMMBOI.COM
No comments:
Post a Comment