Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 3 September 2013

Kenaikan Harga Minyak ‘Lipat Ganda’ Beban Rakyat


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, pengurangan subsidi harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen itu akan “melipat gandakan” bebanan terhadap rakyat.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, pengumuman tersebut bukan hanya memberi kesan kepada pemilik kenderaan persendirian dan awam tetapi turut melibatkan kenaikan harga barangan keperluan asas yang lain.
Menurutnya, kenaikan harga tersebut akan menambahkan beban kepada golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Kenaikan harga ini memang mengejutkan semua pihak, tetapi bagi pihak kerajaan ia mungkin berguna.
“Saya lihat perkara ini akan menambah beban kepada rakyat sekiranya tidak diadakan langkah lain bagi mengurangkan beban itu,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan subsidi bagi petrol RON95 dan Diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter bermula esok.
Tambah Dr Maamor, susulan pengumuman kerajaan itu, majikan, pengusaha dan pengguna perlu bijak menghadapi perkara tersebut.
“Tiga pihak ini perlu ambil langkah dan mencari alternatif untuk terus dibelenggu beban selepas harga minyak naik yang secara tidak langsung ada pihak akan mengambil kesempatan menaikan harga barang,” katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu mewujudkan kad khas kepada penunggang motosikal dan pemandu kereta tempatan dengan memberi rebat selain memberi subsidi kepada pengusaha yang membekal barangan pengguna mengikut terma dan syarat.
Tambah beliau lagi, bagi majikan-majikan, mereka perlu mengkaji semula elaun petrol dan elaun yang berkaitan supaya dapat membantu meringankan beban pekerja.
“Bagi pihak pengguna pula, mereka perlu melaksanakan semula cadangan “car pool” dan menggunakan kenderaan ditempat yang perlu sahaja,” katanya.
Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut mengakui kenaikkan harga petrol dan diesel ini turut akan memberi kesan kepada semua pihak.
Timbalan Presidennya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, keputusan kerajaan itu perlu diikuti dengan program-program jaringan sosial yang dapat membantu meringankan beban pengguna atau rakyat.
Beliau berkata, kerajaan boleh mengurangkan harga tambang kenderaan awam dan sebagainya yang dapat meringankan beban pengguna perkhidmatan tersebut.
“Pengumuman untuk menaikan harga Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) itu tidak cukup.
“Rakyat sudah tidak hairan.
“Apa yang rakyat mahu ialah bagaimana kerajaan menangani dan membantu meringankan beban rakyat.
“Kerajaan perlu duduk dan kira balik apa perkara susulan perlu dibuat selain meningkatkan jumlah BR1M,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment