Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 20 September 2013

Menantu Tersalah Tembak Bapa Mentua Disangka Tupai


Rasa tidak tenteram dan curiga seorang lelaki apabila melihat kesan luka di pipi mayat sepupu berusia 50 tahun yang dimandikannya, membongkar kisah saudaranya itu yang dipercayai maut selepas ditembak secara tidak sengaja ketika memburu tupai sebelum dikebumikan menantunya pada 24 Jun lalu.
Walaupun jenazah Wahimin Usat, 50, sudah dikebumikan di Kampung Lobau Lama, di sini, ia menimbulkan pelbagai persoalan di benak sepupunya yang kemudian nekad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, Khamis lalu. Menurut sumber, mangsa dipercayai keluar memburu bersama menantunya berusia 36 tahun di sekitar hutan di Kampung Lobau Lama, di sini, sebelum lelaki terbabit melepaskan satu das tembakan sebaik melihat tupai.
“Suspek yang menyangka tupai terbabit sudah berjaya ditembak kemudian cuba mengambilnya, tetapi terkejut apabila melihat tubuh bapa mentuanya berlumuran darah dan terbaring tidak bernyawa,” katanya.
Malah, katanya, suspek yang panik kemudian membawa jasad bapa mentuanya berlumuran darah itu pulang ke rumah sebelum menyiapkan keperluan dan terus mengebumikan lelaki terbabit.
Menurutnya, suspek dipercayai enggan membuat laporan polis kerana bimbang dikenakan hukuman manakala ahli keluarga yang bergantung harap kepada suspek juga bimbang untuk membuat laporan.
“Bagaimanapun, rahsia perbuatan suspek terbongkar apabila sepupu mangsa menemui kesan luka di pipi ketika memandikan mayat mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sahriff Abd Wahid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menyatakan polis masih menjalankan siasatan.
“Polis menerima laporan jam 10.40 pagi pada 6 Oktober lalu dan bergegas ke tempat kejadian, sebelum menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.
“Buat masa ini, kita masih menunggu arahan mahkamah bagi menggali semula kubur mangsa untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Sahriff berkata, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai secara tidak sengaja tertembak mangsa yang juga bapa mentuanya ketika memburu di kawasan hutan di Kampung Lobau Lama.
Menurutnya, suspek dipercayai melepaskan tembakan sebaik melihat seekor tupai dan terkejut melihat bapa mentuanya terbaring dengan kesan darah di badan ketika mahu mengambil haiwan itu.
“Suspek kemudian dikatakan membawa pulang mayat mangsa dan mengebumikannya,” katanya.
Beliau berkata, buat masa ini, suspek masih direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment