Pasangan kekasih yang dipercayai sering bergaduh di rumah mereka di Blok 15, Town House Polo Park Taman Iskandar di Johor Bharu, sejak beberapa tahun lalu, bertengkar buat kali terakhir pagi semalam, sebelum kedua-duanya ditemui maut dipercayai terhidu asal tebal dalam kebakaran, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki warga Singapura, Ang Lye Hock, 52, dan pasangannya dari Sabah, Angielee Ambrose, 29, ditemui maut di rumah sewa mereka selepas kali terakhir dilihat bertengkar dan menjerit sesama sendiri.
Ang ditemui maut di dalam bilik air, manakala mayat Angielee ditemui tersepit antara kabinet televisyen dan pintu utama di ruang tamu.
Pertengkaran itu dipercayai berlaku akibat cadangan memasang piring televisyen satelit di rumah sewa mereka, sebelum beberapa letupan berlaku dan kebakaran bermula.
Difahamkan, sebelum kejadian, rumah mereka dikunjungi seorang pekerja televisyen satelit hingga kurang disenangi seorang mangsa kebakaran itu.
No comments:
Post a Comment