Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 1 September 2013

Migrain Boleh Rosakkan Otak


Copenhagen - Migrain atau sakit kepala yang teruk boleh menyebabkan kerosakan otak secara kekal, lapor penyelidikan terbaru.
Pakar mendapati migrain, yang menjejaskan 10 hingga 15 peratus penduduk dunia, meningkatkan risiko luka otak, kecacatan jirim putih dan perubahan isi padu otak berbanding mereka yang tiada penyakit itu.
"Keputusan menunjukkan migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan 68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34 peratus, berbanding mereka tanpa migrain.
Penulis kajian, Dr Messoud Ashina dari Universiti Copenhagen, berkata:
“Secara tradisinya, migrain dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak.
“Kajian kami dan analisis meta mencadangkan bahawa gangguan itu mungkin secara kekal mengubah struktur otak dengan pelbagai cara.”
Dr Ashina melakukan 19 kajian untuk melihat sama ada mereka yang mengalami migrain mempunyai risiko peningkatan luka otak, kecacatan senyap atau perubahan isi padu otak dalam imbasan otak MRI berbanding mereka tanpa keadaan itu.
Keputusan menunjukkan migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan 68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34 peratus, berbanding mereka tanpa migrain.
Kecacatan otak meningkat
Risiko untuk kecacatan otak meningkat kepada 44 peratus bagi mereka yang menghidap migrain dengan tanda amaran berbanding tanpa aura.
Perubahan isi padu otak juga lebih biasa di kalangan mereka dengan migrain dan migrain dengan aura berbanding mereka tanpa migrain.
Dr Ashina berharap kajian itu dapat memberi sedikit pemahaman mengenai kesan berkekalan penyakit migrain ke atas otak.
Katanya: “Migrain menjejaskan kira-kira 10 hingga 15 peratus penduduk awam dan boleh menyebabkan beban ketara peribadi, pekerjaan dan sosial.
“Kami harap menerusi lebih banyak kajian, kami dapat menjelaskan kaitan perubahan struktur otak dengan kekerapan serangan dan jangka masa penyakit.
“Kami juga mahu mencari bagaimana luka itu mungkin mempengaruhi fungsi otak.”
Sementara itu, satu lagi kajian turut diterbitkan dalam jurnal Neurology, menyokong penyelidikan sebelum ini yang menunjukkan migrain kerap menyerang mereka yang berpendapatan rendah.
Sebagai contoh, bagi wanita berusia 25 hingga 34 tahun, 20 peratus daripada mereka dengan pendapatan tinggi isi rumah mendapat migrain, berbanding 29 peratus yang berpendapatan sederhana dan 37 peratus berpendapatan rendah. - AGENSI

No comments:

Post a Comment