Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 1 September 2013

Jerung Buluh Guna 'Sirip' Untuk Berjalan


Spesis ikan jerung terbaru ditemui di dasar lautan di sini apabila ikan tersebut dikatakan menggunakan siripnya untuk 'berjalan', jelas salah sebuah organisasi alam sekitar pada Jumaat.
Jerung berwarna perang keputihan itu dijumpai ketika sedang mencari anak-anak ikan kecil yang berenang di celah-celah terumbu karang di Kepulauan Maluku.
Menurut wakil Konservasi Antarabangsa, jerung tersebut boleh membesar hingga 80 sentimeter panjang dan tidak beracun kepada manusia.
Jerung buluh atau dikenali sebagai jerung ekor panjang adalah antara spesis jerung terkecil jika dibandingkan dengan spesis jerung lain yang boleh mencecah hingga 120 sentimeter.
Apa yang lain pada jerung ini adalah pada bahagian ekornya yang bersaiz lebih besar daripada anggota badan lain di mana spesis tersebut boleh ditemui di perairan Indonesia, Australia dan Papua New Guinea.
Wakil Konservasi Antarabangsa (Indonesia), Ketut Sarjana Putra berkata dengan penemuan tersebut yang kini mula mendapat liputan media, kawasan-kawasan selaman yang kurang mendapat perhatian pelancong akan mula menjadi tumpuan.
Tambah beliau, pelancong akan mula tertarik dengan spesis tersebut kerana ia tidak beracun dan tidak merbahaya kepada manusia jika dibandingkan dengan spesis-spesis jerung yang lain.
Spesis tersebut mula menjadi bahan kajian saintis apabila pihak kerajaan Indonesia telah meningkatkan usaha melindungi jerung-jerung.

No comments:

Post a Comment