Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 1 September 2013

Palanivel Kekal Jawatan Presiden MIC Tanpa Bertanding


Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel hari ini memenangi jawatan presiden parti tanpa bertanding selepas tiada calon lain untuk jawatan tertinggi parti itu selepas pencalonan ditutup tengah hari ini.
Disambut sorakan dan laungan “Hidup Palanivel” oleh hampir 1,500 penyokong yang berkumpul di ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat di sini sejak 9 pagi, pengerusi jawatankuasa pemilihan presiden MIC, Tan Sri K Kumaran mengumumkan kemenangan Palanivel tanpa bertanding.
Presiden MIC itu yang menyertai parti pada 1968 sebagai ahli biasa, memperoleh 617 pencalonan, jauh mengatasi jumlah 50 pencalonan diperlukan untuk bertanding jawatan itu.
Kumaran berkata, Palanivel secara rasmi dipilih Presiden MIC yang kelapan mengikut Artikel 58.3 dan 58.1.2 perlembagaan parti.
“Datuk Seri G Palanivel akan dilantik sebagai Presiden MIC untuk tempoh tiga tahun (2013-2016) atau sehingga pemilihan presiden akan datang,” katanya.

No comments:

Post a Comment