Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 1 September 2013

Paris Hilton Dikecam Kerana Buka Butik Di Mekah


Baru-baru ini, Paris Hilton telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu.
Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.
Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.
“Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusatbeli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.
Kegembiraan Paris menyampaikan berita itu terbantut apabila ramai yang memberi respons negatif.
“Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh,” kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.

No comments:

Post a Comment