Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 12 September 2013

RTM Mohon Maaf Silap Siar Logo PDRM


Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengemukakan permohonan maaf di atas ralat berkenaan penyiaran logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM yang dipercayai disiarkan pada Selasa 10 September 2013.
Menurut sumber berita, RTM memandang serius insiden itu dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.
Difahamkan permohonan maaf itu disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam pada hari yang sama. Turut dilaporkan surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar.
Dalam pada itu, RTM turut menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Mengenai kesilapan pada penyiaran tersebut, pada bahagian bawah logo PDRM dilihat tertera “Polis Raja Di Malaysia” dan bukannya Polis Diraja Malaysia.


No comments:

Post a Comment