Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 1 September 2013

Sarjan Didakwa Berkawan Dengan Penjenayah Terima RM70,000


Seorang Detektif Sarjan yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bentong, Pahang menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memutuskan tindakan buang kerja terhadapnya pada 19 Ogos 2009 sebagai tidak sah.
Mohamad Solleh Mat Isa, 40, didakwa mencemar nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam melalui perbuatannya yang didakwa berkawan dengan penjenayah semasa berkhidmat di Balai Polis Bentong.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Mariana Yahya dalam kamar hakim berkata, tuduhan pendakwaan yang dibuat terhadap Mohamad Solleh disifatkan sebagai cacat atau tidak lengkap kerana dalam kertas pertuduhan tidak dinyatakan tarikh Mohamad Solleh melakukan kesalahan itu.
“Alasan tersebut nyata tidak setimpal dengan tindakan dibuang kerja yang dikenakan terhadap Mohamad Solleh.
“Oleh itu, mahkamah memutuskan tindakan dibuang kerja itu tidak sah dan dia boleh bekerja semula termasuk menerima semua tunggakan gaji sepanjang tempoh itu,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment