Pernahkah telinga anda dimasuki serangga? bayangkan seekor labah-labah sesat masuk dan tinggal dalam telinga anda selama 5 hari.
Itulah yang terjadi di sebuah perkampungan jauh dari bandar Beijing, China, seorang wanita tidak menyangka telinganya telah dihuni oleh seekor labah-labah kecil selama Lima hari sebelum ia dikeluarkan oleh seorang doktor.
Menurut doktor, kes berkenaan bermula apabila wanita malang itu mendapatkan rawatan kegatalan telinga di Hospital Besar Changsha kemudian mereka menemukan haiwan invertebrata pemangsa itu di dalam saluran telinganya.
"Dia amat bernasib baik kerana serangga itu tidak mencakar dinding saluran telinga serta bertelur di dalamnya," kata Dr Liu Sheng yang berjaya mengeluarkan labah-labah itu bersama kumpulan perubatan lain dengan menggunakan larutan salina ke dalam telinga mangsa.
Jelas Liu, mereka tidak dapat menarik keluar serangga itu kerana bimbang ia akan menggigit telinga mangsa.
No comments:
Post a Comment