Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 26 November 2013

Woods Pukul Bola Gol Dari Eropah Ke Benua Asia


Turki - Bintang sukan golf terkenal dari Amerika Syarikat, Tiger Woods memukul bola golf dari atas Jambatan Bosphorus yang mempunyai enam lorong.

Woods memukul bola tersebut di laluan yang terletak di benua Eropah.

Bola yang dipukul dengan kayu golf itu kemudian menghala ke arah jambatan tersebut yang terletak di benua Asia.

Jambatan sepanjang 1,560 meter (m) dan setinggi 63m itu telah ditutup selama 28 minit bagi membolehkan Woods membuat pukulan tersebut.

Jambatan itu menghubungkan kampung Ortakoy yang terletak di benua Eropah dengan kawasan Beylerbeyi yang berada di benua Asia.

"Menjadi pemain golf yang pertama membuat pukulan ini memang merupakan sesuatu yang hebat," kata Woods.

Kira-kira 180 buah kenderaan melalui jambatan itu pada setiap hari.

Woods memukul golf itu bagi mempromosikan Pertandingan Golf Terbuka Turkish Airlines yang diadakan di Antalya. Pertandingan itu bermula hari ini hingga 10 November. - Agensi

No comments:

Post a Comment