Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 26 November 2013

Dua Anak Harimau Diuji Berenang


Washington D. C - Kemampuan dua anak harimau Sumatera berenang diuji oleh beberapa orang kakitangan Zoo Negara Smithsonian.

Kedua-dua harimau itu yang bernama Bandar dan Sukacita dilahirkan pada 5 Ogos lalu berenang di dalam sebuah parit di zoo tersebut.

Bandar merupakan anak harimau jantan manakala Sukacita pula harimau betina.

Beberapa pekerja zoo itu akan memastikan haiwan tersebut mampu berenang dengan muka kedua-dua harimau tersebut sentiasa berada di atas permukaan air.

Semua harimau di zoo itu perlu menjalani ujian berenang sebelum ia boleh diletakkan dalam kandang pameran. 

No comments:

Post a Comment